New Delhi: Seekor harimau daripada spesies yang terancam mati tersepit jengkaut ketika usaha menyelamat dan mengeluarkannya dari hutan.

Rakaman video menunjukkan harimau jantan yang nampak dalam keadaan keliru akibat ditembak pelali dilanggar jentera berat itu di kawasan hutan berhampiran Corbett dan Sungai Dabka.

Haiwan itu dipercayai diberi suntikan pelali berlebihan sebelum nahas berlaku.

Kakitangan jabatan perhutanan memutuskan menangkap haiwan itu selepas seorang wanita, Bhagwati Devi, 33, dan bapa mentuanya Lakhpat mati dibaham harimau berkenaan Khamis lalu.

-myMetro