IPOH: Kerajaan Persekutuan perlu mengagihkan hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri berdasarkan bilangan rumah penginapan yang berdaftar, bukannya secara menyeluruh mengikut wilayah masing-masing.

Beliau memberi contoh, ada negeri mempunyai bilangan rumah penginapan berdaftar yang sangat sedikit sedangkan ada negeri yang mempunyai bilangan yang banyak.

“Jadi apabila cukai pelancongan diagihkan secara purata mengikut wilayah masing-masing adalah tidak adil bagi negeri yang mempunyai jumlah hotel atau rumah penginapan yang lebih banyak,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini malam Ahad.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

3b95ce08-3ebf-44fc-b1de-4e49347a2af5Terdahulu, di dalam ucapannya, Nolee berkata, kerajaan negeri juga berharap pelaksanaan cukai pelancongan akan turut memikirkan pulangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut memainkan peranan melaksanakan pelbagai promosi pelancongan.

Menurut beliau, kerajaan negeri tiada halangan sekiranya cukai itu hendak dilaksanakan tetapi ia perlu mengambil kira banyak pihak.

“Cukai pelancongan merupakan satu proses pemutihan oleh kerajaan bagi memastikan semua jenis premis penginapan, adalah berdaftar dengan kerajaan dan mematuhi semua undang2 dan peraturan yang berkuatkuasa,” ujarnya.

ef572cf3-84da-4840-a76b-0c4c15175aad

Katanya, ia dapat memberikan keyakinan kepada pelancong yang sentiasa menginginkan premis penginapan yang berkualiti, selamat dan diiktiraf oleh kerajaan tempatan.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan memanggil pemain industri selepas mendapat maklumat lengkap daripada kerajaan Persekutuan mengenai cukai itu.

“Kerajaan negeri memberi jaminan segala kerisauan pemain industri akan dibawa kepada Pusat,” tambahnya.