PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan menyarankan kerajaan memikirkan cara untuk menghasilkan senjata sendiri bagi mengurangkan perbelanjaan pertananan.

Presidennya, Mohamed Arshad Raji berkata, Putrajaya perlu mula memikirkan cara membuat senjata sendiri kerana Malaysia berbelanja besar membeli senjata daripada negara lain.

“Kita tidak perlu membuat pesawat, jet pejuang atau kereta kebal. Kita boleh bermula secara kecil-kecilan dengan menghasilkan senjata umum yang pertama,” katanya

Arshad bagaimanapun berkata, kerajaan perlu mempunyai kehendak politik untuk berbuat demikian.

Beliau turut berharap Kementerian Pertahanan akan diberikan peruntukan lebih besar dalam Bajet 2020, tetapi menyedari ia mungkin sukar memandangkan keadaan ekonomi negara ketika ini.

Aruna Gopinath, profesor dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata, kementerian itu memerlukan peruntukan lebih banyak berbanding RM15.3 bilion yang diperolehi tahun lalu untuk bersaing dengan kekuatan tentera di negara jiran.

Katanya, Malaysia kini ketinggalan di belakang Vietnam dan Indonesia.

Menurut Globalfirepower.com, kedudukan Thailand lebih tinggi daripada Malaysia dari aspek kekuatan tentera.

Laman web itu menganggarkan jumlah Malaysia kini mempunyai 410,000 anggota tentu dan Gopinath berpendapat jumlah itu tidak mencukupi untuk menjaga keselamatan negara.

“Kita sepatutnya sama atau lebih baik daripada Indonesia,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan menaikkan gaji anggota tentera bagi menggalakkan lebih ramai orang menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, Kementerian Pertahanan perlu berbelanja lebih banyak untuk membeli peralatan.