KAMPAR 2 Okt. – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar hari ini mempunyai ketua polis daerah yang baharu apabila Superintenden Hasron Nazri Hashim secara rasminya dilantik menjawat jawatan itu.

Beliau mengambil alih tugas daripada Superintenden Ng Kong Soon yang dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisioner dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Hasron Nazri, 43, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di IPD Sepang.

Majlis serah terima tugas bagi jawatan tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan di perkarangan IPD Kampar di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE