GEORGETOWN: Sebagai ibu-bapa, mereka sepatutnya memberi contoh yang baik kepada anak-anak.

Namun, lain pula jadinya apabila sepasang suami isteri berusia 46 dan 37 tahun tergamak mengambil dadah di depan enam anak mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Perbuatan tidak bermoral pasangan itu di depan anak-anak yang berusia lapan hingga 19 tahun terbongkar apabila ditahan dalam operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Teluk Kumbar, di sini.

Difahamkan, ketika ditahan pasangan berkenaan sedang ‘lalok’ kerana mengambil dadah jenis methamphetamine.

Perbuatan tidak bermoral itu dikesan dilakukan di depan anak-anak mereka di ruang tamu.

Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan AADK Pulau Pinang, Ibrahim Muhamad Said berkata, pasangan terbabit antara tujuh individu yang ditahan dalam operasi bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi tadi.

“Dalam operasi berkenaan, semua tujuh individu berusia 20 hingga 55 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan 1983) – berita harian