SUNGAI SIPUT: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihatkan rakyat supaya sentiasa menghormati tugas tanggungjawab Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya jangan sekali-kali membuat panggilan palsu kerana ia mungkin menimbulkan masalah lain.

37c675a3-1090-4908-a8da-b4d31bda8336

Dr Zambry berkata, tugas dan tanggungjawab bomba bukan hanya ketika kebakaran tetapi juga ketika kemalangan, bencana dan menangkap binatang merbahaya.

“Jangan pandang bomba seperti jabatan-jabatan lain, jangan buat panggilan palsu,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Kempen Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada Selasa.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal; Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim, ADUN Lintang, Datuk Dzolkafly Harun dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Datuk Yahaya Madis.

421f9d82-f906-4079-afd0-5f9e750bd64c

Dr Zambry berharap ibu bapa dapat memberi pendedahan kepada anak-anak mereka mengenai keselamatan kebakaran sejak dari peringkat tadika lagi.

Dalam masa sama, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak JBPM Perak kerana menganjurkan kempen seumpama itu.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang kempen, antaranya pertandingan lawad bomba komuniti, mewarna, membentanh hose dan memakai pakaian operasi di samping demonstrasi oleh anggota bomba.