l

IPOH– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menegaskan penyerahan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, hanya satu proses utama sebelum tapisan dan bukan berkuatkuasa serta merta.

Ujarnya, Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu selaku Pengerusi Bersatu Perak sama sekali tidak mengetahui tentang majlis penyerahan borang keahlian Bersatu yang berlangsung semalam, termasuk bilangan yang hadir.

“Saya selaku penyelaras program penyerahan borang Bersatu semalam menegaskan bahawa majlis itu adalah inisiatif saya sendiri, tanpa mengetahui Menteri Besar akan singgah hadir.

“Pada hari tersebut (semalam), saya telah membuat keputusan untuk mengumumkan perletakan jawatan saya dalam UMNO dan beritahu rakan-rakan mengenai tindakan saya.

“Malah Menteri Besar (Ahmad Faizal) sama sekali tidak mengetahui dengan lebih awal mengenai program itu kerana ia tiada dalam jadual beliau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas teguran dari Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang menyatakan Pakatan Harapan bukan tong sampah sampah untuk menerima dan menyimpan mereka yang terbukti tidak berprinsip, tidak bermaruah dan pernah menjual amanah rakyat untuk kepentingan dan tujuannya sendiri.

Teguran itu menjurus kepada permohonan bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang mahu menyertai PPBM semalam.

“Saya menghormati tindakan YAB Ahmad Faizal yang pastinya teliti dari semua aspek berkenaan dengan penyerahan keahlian Bersatu, kita jadikan misi untuk sentiasa berkhidmat demi rakyat.

“Peristiwa perit tahun 2009 sebagai tonggak utama perjuangan dan bukannya pemisah