MAKKAH – Sebuah hotel di sini, dilaporkan terbakar dalam satu insiden dipercayai berlaku pagi tadi.
Laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan, kejadian disyaki berlaku pada jam 11.40 pagi (waktu tempatan) membabitkan sebuah hotel, yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar.

Bagaimanapun, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran, sebelum ia memusnahkan seluruh bangunan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Nayef Al Sharif, berkata kebakaran dikatakan bermula dari satu longgokan sampah, sebelum merebak ke kawasan hotel. – Agensi