IPOH– Hujan lebat kira-kira jam 4 petang di Manjoi, Ipoh pada Ahad mengakibatkan fenomena hujan ais yang berlaku sekitar lima minit.

Fenomena luar biasa itu sempat dirakam oleh wakil Suara Perak yang kebetulan sedang berada di lokasi kejadian.

Kejadian itu disusuli dengan insiden pokok tumbang dan angin kencang.

Ramai pemandu kereta kelihatan memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku, selain jarak penglihatan yang terhad.