IPOH: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menghadapi dua pemimpin tertinggi pembangkang di Perak untuk mempertahankan Parlimen Tambun (P063) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Dua pemimpin itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Ketua Dewan Ulama Perak, Muhamad Zulkifli Mohd Zakaria.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN), Muhamad Arafat (Keadilan), Mat Salleh Said (PAS) dan calon bebas, S. Murugiah, 53.

Kerusi Manjoi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN), Asmuni Awi (Keadilan) dan Mohd Hafez Sabri (PAS).

Kira-kira 8,000 penyokong BN Tambun mengiringi calon-calon mereka di pekarangan pusat penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jelapang, dekat sini sejak jam 7.30 pagi.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P063, Nurdina Muhammad mengumumkan senarai calon yang bertanding kira-kira jam jam 12.20 tengahari.

Parlimen Tambun (P063)

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN).
Ahmad Faizal Azumu (Keadilan).
Muhamad Zulkifli Mohd Zakaria (PAS).

DUN Manjoi (N23)

Mohd Hafez Sabri (PAS).
Asmuni Awi (Keadilan).
Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN)

DUN Hulu Kinta (N24)

Mohd Salleh Said (PAS)
Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN)
S. Murugiah (Bebas)
Muhamad Arafat (Keadilan).

1/2