Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dikekalkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tambun untuk penggal kelima pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.
Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi beliau akan digugurkan.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan bahawa Husni tidak akan dikekalkan bagi pencalonan kerusi itu selepas beliau beliau mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada Julai 2016.
Justeru, ahli politik veteran itu bakal berdepan dengan calon daripada Parti Islam-Semalaysia (PAS) , calon baru iaitu Ibrahim Zakaria.
Sebelum ini, Pemangku Ketua Bahagian UMNO, Datuk Aminuddin Hanafiah menyatakan bahawa ahli jentera parti akan memberikan sokongan penuh dan akur kepada calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan bagi strategi memenangkan parti di kawasan itu.