BAGAN SERAI: Seorang wanita maut manakala anak perempuannya parah apabila motosikal yang ditunggani merempuh kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 97.5 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Sungai Kepar, di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, ketika kejadian, mangsa yang dikatakan dari arah Bagan Serai menghala Ipoh, gagal mengelak dan merempuh kereta itu di lokasi kejadian.

 “Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu cuba membuat pusingan U untuk pulang ke rumahnya di Taman Serai Maju, di sini sebelum motosikal berkenaan hilang kawalan lalu merempuh bahagian kanan depan kereta itu,” katanya pada Rabu.

 Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat manakala anak mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 Katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.