IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datin Zaleha Nordin, 79, meninggal dunia kira-kira jam 7.25 malam Ahad kerana sakit tua.

Allahyarhamah meninggal dunia di rumah anaknya di Kampung Sungai Rokam di sini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja DiHilir malam ini.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid al Khairiah Kampung Kepayang, Fair Park di sini, kira-kiran jam 10 pagi Isnin.

Jenazah dijangka disemadikan bersebelahan pusara suaminya, Allahyarham Datuk Azumu Tak.