POLIS mengenal pasti identiti tiga lelaki yang maut dalam insiden letupan gas di City One Megamall, Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, mereka dikenal pasti sebagai O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, masing-masing berasal dari Kuching.

“Manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi.

Dua daripada lelaki yang maut itu dipercayai pekerja restoran makanan segera terbabit.

Mereka disahkan mati di tempat kejadian disebabkan terhempap struktur bangunan semasa letupan berlaku pada 3.30 petang hari ini.