KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Pelantikan itu adalah selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 28 Februari lalu, kata kenyataan itu.