IPOH: Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Media Perak sebagai menghargai sumbangan mereka membantu institusi itu.

Majlis iftar yang diadakan di Restoran Shabu-shabu, Jalan Sultan Nazrin Shah di sini dihadiri oleh ketua-ketua biro agensi berita dari seluruh negeri serta pengamal media.

UTP yang selama ini menjalinkan kerjasama erat dengan pengamal media seringkali menganjurkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bowling, sumbangan hadiah dan majlis penghargaan media.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 30 orang pengamal media itu turut berlangsung dengan santai.

Turut diadakan ialah penyampaian cenderahati kepada semua yang hadir.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Perhubungan Strategik UTP, Prof Madya Dr Fawnizu Azmadi Hussin dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Korporat.