IPOH: “Ikut suka dia la,” itulah komen ringkas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung perlakuan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya pada semalam (Jumaat).

Dr Zambry berkata, beliau enggan memberi sebarang komen lanjut berkenaan tindakan wakil rakyat itu yang difahamkan melakukan aksi berbaring dan mogok lapar sambil ditemani beberapa rakan pembangkang yang lain.

“Komen daripada saya, ketua kerajaan bermakna dia mendapat pendapat perhatian yang tak semena-mena.

“Dia menantikan sangat jawapan saya, jadi ikut suka dia dan biar rakyat menilai kelaku atau perangai wakil rakyat sebegini,” katanya kepada pemberita dalam sidang selepas rakaman Aidilfitri di RTM Perak pada Sabtu.

Menurut beliau, segala keputusan terpulang di tangan rakyat samada mereka menyukainya atau tidak terhadap tindakan ADUN Melintang.

“Kita hidup dalam sebuah negara demokrasi, dia nak tunjuk kelaku begitu jadi orang akan membuat penilaian samada negatif atau positif,” ujarnya lagi.