PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi insentif raya berjumlah RM450 kepada peneroka FELDA dan FELCRA termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemberian insentif ini akan disemak semula bagi pembayaran pada tahun hadapan.

Katanya, pembayaran itu membabitkan kos RM50 juta bagi FELDA yang menggunakan peruntukan kerajaan dan RM44 juta bagi FELCRA yang digunakan menerusi peruntukan FELCRA.

“Kita akan semak yang mana penerima Bantuan Sara Hidup tidak layak menerima nya untuk tahun depan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Difahamkan terdapat seramai 112,635 peneroka FELDA dan 7,636 bukan ahli FELDA yang akan mendapat manfaat berkenaan.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM500,00 ahli parlimen kerajaan, kerajaan dan RM200,000 kepada pusat khidmat sebelum Aidilfitri.

Beliau berkata bagi ahli parlimen pembangkang pula akan diberikan RM100,000.

“Kita tetap akan bagi kepada ahli parlimen dan DUN pembangkang, tapi kurang sikitlah,” katanya – berita harian