Slogan itu sering terpampang di papan tanda sekitar daerah yang tersenarai sebagai destinasi wajib pelancongan malah selaras dengan impian Tahun Melawat Perak 2017.

Tapi, sejauh manakah kita bersedia untuk menyahut cabaran itu sekiranya masih ada lagi yang berfikir secara mundur dengan sikap membuang sampah di merata kawasan tanpa mengira tempat?

Hasil tinjauan Suara Perak di beberapa lokasi sekitar Ipoh, terdapat lokasi jika diikutkan akal agak mustahil untuk menjadi kotor dan terbiar apatah lagi ianya berhampiran dengan pusat pembelajaran atau pasaraya terkemuka.

 

Ipoh Bersih 3Antaranya adalah di kawasan perumahan sekitar Bukit Kledang yang menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di laluan kenderaan utama.

Malah,apa yang lebih menyedihkan adalah kawasan tersebut terletak hanya 30 meter daripada sebuah sekolah jenis kebangsaan dan bukankah ini menjejaskan imej dan kualiti udara di sekitar sekolah berkenaan?

 

Seterusnya, Suara Perak menuju ke sebuah lokasi yang menjadi sasaran pembuangan sampah haram yang terletak berhampiran dengan pasaraya Aeon Station 18 hasil aduan daripada pembaca sendiri.

Keadaan di sekitar bangunan dan kedai terbiar tersebut amatlah menjijikkan malah ianya terletak berhampiran dengan kedai makan dan kawasan perumahan orang ramai.

 

Ipoh Bersih 2

Salah seorang pengusaha restoran di deretan kedai itu turut meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan pihak berwajib yang sepatutnya mengambil serius mengenai perkara tersebut.

“ Kami baru sahaja memulakan perniagaan di sini, dah berbulan-bulan sampah ini dibiarkan dan semakin hari semakin banyak timbunan sampah.

“ Bau yang tengik, kurang menyenangkan malah pelanggan pun risau nak datang sebab tak yakin dengan tahap kebersihan, kami tak pasti pihak mana yang melakukannya tetapi kami mohon kepada pihak berwajib janganlah biar perkara ini berlarutan.

“Tolonglah kami yang cari rezeki ini,…”katanya lagi.

Ipoh Bersih