IPOH – Kualiti udara di sekitar bandar raya Ipoh mencatatkan bacaan pada tahap sederhana pagi ini.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan di Ipoh mencatatkan bacaan 51 dan 54.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Bandar Meru Raya mendapati kawasan tersebut berjerebu.

Bagaimanapun aktiviti penduduk berjalan seperti biasa.

Sementara itu, dua lagi kawasan di Lumut dan Taiping dalam keadaan baik – sinar