IPOH: Ipoh Cycle Fest akan dijadikan acara tahunan yang bertaraf antarabangsa bagi mempelbagaikan lagi sektor pelancongan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudyaan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, acara yang mendapat sambutan maysrakat dalam dan luar negara itu diyakini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan di Perak sekaligus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong.

“Kerajaan negeri akan memberikan sokongan penuh kepada penganjur dan kita bercadang jadikan ia acara tahunan supaya kita dapat menarik pelancong-pelancong luar khususnya bagi pasaran Asia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Grand Fondo New Yeark (GFNY) di sini pada Ahad.

GFNY merupakan merupakan siri perlumbaan sukan berbasikal antarabangsa yang telahmemulakan siri perlumbaannya di Colombia pada 26 Februari lalu dan bandar Ipoh telah dipilih untuk menjadi tempat perlumbaan bagi pusingan kelayakan sebelum perlumbaan peringkat akhir di New York.

Nolee memberitahu ianya merupakan salah sebuah siri perlumbaan yang dianjurkan dibawah program Ipoh Cycle Fest.

“Penganjuran GFNY ini adalah kolaborasi sempena Ipoh Cycle Fest 2017 untuk menarik lebih ramai peminat sukan berbasikal datang ke bandar Ipoh.

“GFNY pada hari ini sudah mendapat penyertaan seramai 400 lebih peserta dari pelbagai negara dan kita anggarkan jumlah peserta sehingga ke hujung minggu depan dapat mencecah lebih dari 2000 peserta,” jelas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata, beberapa acara sukan yang telah dan akan berlangsung di negeri ini pada tahun 2017 menunjukkan perkembangan positif untuk sektor pelancongan-sukan Perak.

“Ini adalah salah satu bukti menunjukkan kerajaan negeri begitu bersungguh-sungguh mempromosikan Perak dan bandar Ipoh sebagai destinasi ‘Sport-Tourism’.

“Apa yang menarik juga, dalam tempoh terdekat ini juga kita akan ada tiga acara sukan antarabangsa di bandar Ipoh ini iaitu acara GFNY pada hari ini, Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-26 pada 29 April hingga 6 Mei dan Kejohanan Ragbi Asia pada 14 – 20 Mei,” katanya pada sidang media sama.