KUALA LUMPUR : Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil akan menyaman halaman Facebook Kelab Che Det atas dakwaan memfitnah.

Isham dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau bersama peguam mengambil keputusan tersebut selepas difitnah oleh seorang Exco Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Susulan daripada kenyataan fitnah terhadap saya oleh seorang Exco Bersatu baru-baru ini, saya dan peguam saya mengambil keputusan untuk menyaman pemfitnah tersebut sebagai defendan pertama dan halaman Facebook Kelab Che Det sebagai defendan kedua yang telah menyiarkan kenyataan-kenyataan fitnah ke atas saya tersebut,” katanya dalam akaun Facebook beliau.

Jelas Isham writ saman akan diserahkan kepada defendan-defendan dalam masa terdekat.

Sebelum ini dilaporkan, beliau menafikan dakwaan liar kononnya terlibat menjual projek yang diperolehi melibatkan kerajaan

-UtusanOnline