IPOH : Istiadat pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, istiadat tersebut akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 3 petang.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan supaya Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Ke-13 diadakan pada 13 Mac pukul 3 petang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.