TROLAK: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap umat Islam di negeri Perak istiqamah mengerjakan solat berjemaah di masjid, termasuk ketika waktu solat Subuh.

IMG-20170721-WA0009

Beliau melahirkan rasa syukur dan bangga kerana sejak kebelakangan ini, masjid-masjid di negeri ini mula dipenuhi jemaah, termasuk dari kalangan anak muda.

Beliau berpendapat, ia merupakan suatu suasana baharu di negeri ini dan ia wajar diteruskan, malah dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

IMG-20170721-WA0007 “Ketika program qiamullail, termasuk di bulan puasa, saya sendiri melihat masjid-masjid dipenuhi dengan jemaah, termasuk anak-anak muda, semoga kita istiqamah,” katanya ketika berucap selepas program qiamullail di Masjid Felda Trolak Timur di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan beberapa Exco kerajaan negeri, Datuk Saarani Mohamad, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dan Datuk Shahrul Zaman Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad.

IMG-20170721-WA0023

Dianggarkan lebih 300 jemaah memenuhi ruang solat Masjid Felda Trolak Timur seawal jam 4 pagi.

Dr Zambry berharap program seumpama itu menjadi medan latihan untuk anak-anak muda bersama-sama mengimarahkan masjid, termasuk solat Subuh secara berjemaah.

IMG-20170721-WA0022

Dalam masa sama, beliau menasihatkan umat Islam di negeri ini agar bersatu padu supaya tidak mudah digunakan oleh pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan, sekiranya berlaku perpecahan.