IPOH: MCA Taiping hari ini mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terhadap kesilapan perkataan yang digunakan di dalam satu kain rentangnya untuk ucapan tahniah kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V yang menjadi viral pada Isnin.

Pengerusinya, Ang Sui Eng berkata, kain rentang yang digantungkan di bawah sebuah papan tanda kedai makan itu telah diturunkan serta merta dan diganti dengan kain rentang yang baharu.

“Saya mewakili MCA Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik emula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami.

“Banner tersebut telah diturunkan serta-merta apabila kami dimaklumkan tentang kesilapan itu, pembetulan juga telah dibuat dan digantung semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memohon maaf terhadap kesemua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kesilapan berkenaan.

“Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku diatas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.