KUALA KANGSAR – Kalangan penduduk kaum India di kawasan Parlimen Kuala  Kangsar tetap  memilih calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid meskipun timbul isu edah kerana tuntutan agama yang sedang dihadapi calon itu.

Mereka amat menghormati agama lain, justeru itu, walaupun calon BN tersebut tidak dapat berkempen, mereka akan memberikan sokongan jitu kepada bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kuala kangsar pada pilihan raya  kecil (PRK) 18 Jun ini.

Menurut mereka, kaum India amat mengenang hati budi Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang banyak berjasa membantu masyarakat India di Kuala Kangsar.

Datuk M. Bhopalan

Ketua MIC bahagian Kuala kangsar, Datuk M. Bhopalan,80, berkata, beliau dan masyarakat India menganggap isu edah itu sebagai tuntutan agama dan tidak menjadi masalah untuk BN mempertahankan kerusi itu.

“Apabila kita anjurkan aktiviti masyarakat dua-dua (Wan Khair-il dan Mastura) sentiasa turun dan kaum India  memang kenal Datin Mastura, jadi kalau dia tidak hadir kerana mengikut agama, itu tak jadi masalah, kita hormat kerana semua kaum ada adat kepercayaan yang patut diikuti,’’ katanya ketika ditemui pada Isnin.

A.R Ramachandran

Seorang peniaga, A.R Ramachandran, 40, berkata, baginya sebagai  pengundi isu edah tidak menjadi masalah kerana  jenteraa BN sentiasa berganding bahu mengembeling tenaga membantu Mastura.

“Beliau merupakan seorang yang dikenali dan popular di kalangan masyarakat India sebab beliau selalu berdamping dengan arwah suaminya pada setiap program, tidak kiralah program Pongal ke atau Deepavali, Datin memang cukup rapat dengan masyarakat India

“Jadi saya rasa perkara ini tidaklah menjadi satu isu hangat dan saya cukup yakin dengan keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional memilih beliau sebagai calon,’’ katanya.

Pavitra Rajendran

Seorang kerani, Pavitra Rajendran, 24, pula berkata, dia tetap mengundi untuk kemenangan calon BN sebagai mengenang budi dan jasa Allahyarham Wan Khair-il kepada kaum India di Kuala Kangsar

 “Saya amat menghormati mereka yang banyak membantu kami kaum India di sini dan juga di kawasan luar bandar,’’ ujarnya.