IPOH: Rakyat harus bijak menghargai setiap perbezaan ideologi serta pendapat agar tidak menganggu gugat perkongsian kehidupan pelbagai kaum sebagai satu komuniti khususnya di negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Tahun Baru Cina ini adalah satu kesempatan untuk memperkukuhkan ikatan masyarakat berlainan latarbelakang sebagai rakyat Malaysia.

Jelasnya, menjadi satu berkat bagi masyarakat di negara ini untuk bersama menyambut perayaan kalendar Lunar kaum Tiong Hua sebagai simbolik keharmonian dan hormat kepada kaum lain.

990b4405-e315-4311-8f80-5dddca26c23a

“Ya, kita mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan, tetapi jangan sesekali biarkan ia memberi impak negatif kepada kesatuan dan perpaduan kita untuk hidup bersama di bumi Perak.

“Sebagai sebuah negeri, pastinya kita tidak sempurna dan ada ruang untuk penambahbaikan,dan begitu juga bagi seorang individu, sekiranya sesiapa  mempunyai idea dan perspektif tersendiri tampil ke hadapan dan kemukakannya. Mungkin dengan berkongsi idea itu banyak perkara boleh kita perbaiki dan ini sudah tentu akhirnya dapat menyumbang ke arah perkembangan dan kemajuan negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena  Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.

Dr Zambry memberi perumpamaan bahawa seperti tradisi kaum Tiong Hua, masyarakat di Perak juga adalah seperti sebuah keluarga yang harus menerima baik buruk dalam perjalanan membina sebuah negeri yang membangun.

Katanya, kejayaan dalam bidang sosial dan ekonomi malah pelaburan di Perak tidak akan berlaku sekiranya setiap individu atau pentadbiran menyerah kalah kepada pandangan negatif semata-mata.

“Teguhnya Perak pada hari ini adalah disebabkan pendekatan kita bersama orang ramai baik di sektor perusahaan, pelaburan dan orang ramai.  Kesemua ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif dan bukannya memberi ruang kepada perkara tidak baik seperti mengeluarkan ayat-ayat yang boleh menjatuhkan.

“Mari kita belajar sesuatu daripada tradisi kit seperti masa berkumpul bersama keluarga mungkin paling  untuk menilai semula perhubungan sesama kita dan menguatkan persaudaraan ini,”ujarnya lagi.

Dr Zambry berkata jalan menuju ke sasaran pembangunan itu pastinya perlu ditempuhi dengan pelbagai rintangan namun sebagai satu negara kesemuanya dilihat sebagai tidak mustahil.

Beliau berharap dalam masa lima tahun Perak akan muncul sebagai sebuah negeri yang mempunyai  baik serta toleransi yang terbaik.

“Saya ingin melihat Perak menjadi satu lokasi di mana semua orang tanpa mengira latar belakang, wajah dan status sosial dapat bersama-sama serta untuk mengejar aspirasi yang menjadi harapan kerajaan negeri.

“Pastinya, bersama-sama kita boleh meletakkan sasaran untuk membawa Perak ke kedudukan lebih tinggi di masa sama mengekalkan suasana aman, harmoni dan kejayaan yang ada pada hari ini,”katanya lagi.