IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu masyarakat menjadikan teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya orang Melayu tidak bersikap lupa daratan sebagai peringatan.

Katanya, ini amat penting bagi semua masyarakat supaya mereka tidak terus hanyut dalam kedudukan selesa.

muzzakarah casuarina 2
Beliau berpendapat teguran itu merupakan satu peringatan yang sangat penting kerana apabila berada berada di ambang kejayaan dan sudah berjaya, manusia mudah lupa segala-galanya.

“Kita seringkali lupa di mana kita berpijak dan kadang kala percakaran sesama sendiri ibarat menepuk air di dulang, terpercik di muka sendiri,” katanya di dalam Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Casuarina @ Meru, Ipoh pada selasa.

muzzakarah casuarina 4

Semalam Sultan Nazrin menegur sikap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.

Baginda menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era pra-penaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

 

muzzakarah casuarina 3