KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk menamakan semula Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim.

Penamaan semula itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, sebagai mengenang segala jasa dan bakti mendiang kepada negara.

Penukaran nama itu diumumkan dalam kenyataan media Amirudin pagi ini.

Malaysia kehilangan Khoo,seorang tokoh sejarawan negara yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 28 Mei lalu.

Pemergian mendiang meningalkan legasi sebagai seorang nasionalis dan patriot, khususnya penglibatan mendiang dalam merangka Rukunegara, sebagai suatu usaha mengembalikan keharmonian negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Sumbangan besar mendiang adalah dalam pembentukan historiografi Malaysia pada abad 19. Karya-karya utama mendiang sepertiĀ The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial Development on Malay PoliticsĀ menjadi kanon dalam penulisan sejarah Malaysia.

Di samping tugasnya sebagai sarjana di Universiti Malaya, mendiang juga seorang intelektual awam yang terlibat aktif memberikan pandangan tentang politik dan isu-isu berkaitan pembinaan negara bangsa dan sukan bola sepak.

-malaysiakini