SLIM RIVER – Laluan di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, berdekatan Pejabat Pendaftaran daerah Muallim, sesak apabila tangki minyak terjatuh daripada lori, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berpunca apabila dinding lori roboh ketika melalui selekoh menyebabkan tangki minyak itu jatuh di atas jalan raya.

Bagaimanapun, kenderaan yang lalu lalang terselamat kerana sempat membelok ke kiri untuk mengelak daripada dihempap tangki minyak kosong itu.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihak polis meletakkan kon untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar.

-SinarHarian