AMPANG : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu dikawal ketat pasukan polis sebaik beliau tiba di Mahkamah Majistret Ampang.

Jamal yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan bertopi dibawa ke lokap Mahkamah Majistret Sesyen Ampang.

Beliau berkemungkinan menghadapi pertuduhan menceroboh dan melarikan diri dari tahanan polis.

Dakwaan kes bagi melarikan diri dilakukan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Selain itu, dia didakwa menceroboh dan akan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan – berita harian