KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan Polis Republik Indonesia (POLRI) pada jam 6.15 petang tadi.

Penangkapan Jamal diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, POLRI sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya POLRI atas bantuan mereka,” katanya – berita harian