SHAH ALAM: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, dikenakan hukuman maksimum iaitu denda RM400 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.

Jamal tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dari Penjara Sungai Buloh – berita harian