Subscribe Now

Trending News

Jambatan Sultan Yusof Dijangka Dibuka Malam Tahun Baharu
Dalam Negeri

Jambatan Sultan Yusof Dijangka Dibuka Malam Tahun Baharu 

TELUK INTAN 29 Dis. – Jambatan Sultan Yusuf di sini yang ditutup sejak Ogos lalu bagi kerja pembaikan dijangka dibuka kepada kenderaan ringan pada malam 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, bagaimanapun kerja-kerja pembaikan masih lagi dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, ujian dan pemeriksaan akhir juga akan dilakukan pihak JKR hari ini bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan berfungsi dengan baik

“Kerja-kerja ‘jack in’ dan pemasangan ‘bearing pad’ telah siap dibuat petang kelmarin.

“Semalam pula kerja-kerja di sebelah atas ‘bridge joint’ dan penyediaan TMP dibuat di tapak.

“Pemeriksaan dan ujian akhir akan dibuat hari ini. Insyaallah, jika semuanya berfungsi dengan baik dan tiada masalah, kita akan buka pada 31 Disember ini pada sebelah malam sebelum Tahun Baharu untuk kenderaan ringan sahaja seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zainol Fadzi, status Jambatan Sultan Yusuf ketika ini adalah mengikut perancangan seperti yang diberikan oleh pihak JKR sebelum ini.

Beliau berkata, mengikut perancangan awal, 1 Januari 2018, jambatan itu akan dibuka untuk kenderaan ringan sahaja dahulu.

“Pada masa yang sama kerja-kerja selanjutnya dan pemantauan akan dibuat untuk memastikan jambatan bersedia digunakan kenderaan berat pula yang dijangka antara April atau Jun tahun depan,” katanya.

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok mengenai status sebenar pembukaan jambatan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related posts