IPOH: Kira-kira 2,000 orang tetamu memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan pada petang Isnin.

0f8a85d7-c9c4-45b9-98a7-c543e2d91c26Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal serta barisan Exco kerajaan negeri dan pegawai kerajaan.

Pelbagai jenis juadah sinonim hari raya disediakan kepada tetamu seperti Soto, Nasi Arab, Putu Mayam, Cendol, Laksa Mi, rojak buah dan kuey teow goreng.

Juadah-juadah enak tersebut disediakan oleh jabatan-jabatan yang bernaung di Bangunan Perak Darul Ridzuan dan turut disertai oleh Majlis Sukan Negeri dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

3ca8fc80-7432-4ca1-acbc-9463acedde87

Pada majlis itu, para tetamu dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya yang dipersembahkan oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian.

Kemuncak majlis itu ialah penyampaian hadiah oleh Menteri Besar kepada pemenang Pertandingan Gerai Tercantik yang merangkumi 17 gerai yang bertanding dengan tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Bahagian Kerajaan Tempatan.

ee534a71-a621-4aab-b05b-a6393d0b94dd