KUALA LUMPUR – Pemuda MIC menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia 15 tahun, S. Pravin, dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes itu.

Ketuanya, Datuk C.Sivarraajh dalam satu kenyataan berkata, tuduhan yang tidak berasas mungkin boleh mencetuskan salah faham dan ini harus dielakkan.

“Kita berkongsi kesedihan, namun punca sebenar kematian harus dikenal pasti secara benar dan profesional,” kata beliau.

Pravin yang telah berhenti daripada perseolahan pada Mac, meninggal dunia pada Selasa selepas dikatakan dipaksa meminum racun.

Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan bahawa Pravin telah membunuh diri dengan meminum racun disebabkan cinta yang tidak berbalas. – Bernama