PUTRAJAYA : Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi meminta pengendali tempat-tempat tumpuan pelancongan jangan menghalang pelancong sihat melawat tempat mereka.

Beliau akan menulis surat kepada tempat-tempat tumpuan pelancong berhubung perkara itu.

“Orang yang sudah masuk dalam negara sihat. Tolong jangan halang pelancong masuk ke tempat-tempat yang penting atau yang nak dilawati.

“Ini tidak bagus. Itu salah. Nak halang orang sihat lawat negara ini, apa ini?” katanya pada sidang media di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Beliau ditanya mengenai penutupan Masjid Putra di Putrajaya kepada pengunjung bukan Islam sejak Ahad, susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.

Sidang media itu turut disertai oleh Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad.