SELAMA – Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah bertindak nekad dengan mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut untuk menikam  anggota polis yang cuba menahannya  di Kampung Baru Bukit Bertam, di sini pada Ahad.


 

Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay berkata, cubaan lelaki  tersebut bagaimanapun tidak menggentarkan anggotanya dan suspek berjaya ditahan dalam operasi kira-kira 7.20 malam itu.

 

“Ketika anggota tiba di tempat kejadian dan memperkenalkan diri dengan menjerit Polis pada masa yang sama suspek telah mengeluarkan sebilah pisau dari sebelah kiri dan berteriak “Jangan Hampir, Nanti Aku Tikam” berulang kali.

 

“Namun selepas kita cuba memberi amaran dan dia enggan meletakkan pisau itu, lalu berlaku pergelutan dan akhirnya kita berjaya menangka suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau menambah, hasil pemeriksaan polis turut menemui satu paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin dan lapan paket plastik berisi dadah jenis syabu di dalam poket seluar suspek.

 

“Suspek dikenali sebagai Yusairi Naim Khaid yang merupakan penagih serta pengedar dadah dari Kampung Tua, Ulu Kerian, Selama dan ujian saringan awal mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

 

“Polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha 125z bernilai RM6,000 dan sebauh motokar jnies Honda Civic bernilai RM40,000,” ujarnya.