BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Al – Quran bukan hanya untuk dibaca semata-mata tetapi perlu dihayati dan diamalkan.
Menurut beliau,  Al РQuran juga tidak seharusnya difahami patah-patah ayatnya tetapi juga tafsirannya sekali.
Beliau berpendapat, umat Islam tidak harus hanya membaca kalam suci itu pada masa-masa tertentu seperti bulan Ramadan, sebaliknya dibaca setiap hari.
“Bagaimanapun, Ramadan umpama madrasah atau sekolah untuk kita meningkatkan lagi bacaan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Tadarus Al -Quran Perdana Parlimen Bagan Datuk di Wisma UMNO di sini pada Isnin.
IMG-20170612-WA0011
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya,  Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin Ahmad Tarmizi dan Pegawai Daerah, Datuk Hamzah Hussin.
IMG-20170612-WA0014
Zahid turut menyeru umat Islam bersatu atas dasar agama tetapi bukanlah bermakna mengenepikan penganut agama lain.
Seramai 1,423 peserta mengambil bahagian di dalam Tadarus Al-Quran Perdana Peringkat Parlimen Bagan Datuk sempena Nuzul Quran yang diadakan di Wisma UMNO Bagan Datuk di sini pada Isnin.
Kebanyakan peserta terdiri daripada kaum wanita yang mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dan Hutan Melintang.