RAKYAT diingatkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukanlah satu organisasi yang boleh diperkotak katikkan sewenang wenangnya oleh mereka yang memprtikaikan sistem demokrasi negara.

Justeru, timbala Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Zahid hamidi mahu orang ramai seharusnya meletakkan kebolehpercayaan tinggi kepada badan itu dan tidak mempercayai bulat-bulat mesej atau video yang tular di media sosial yang bertujuan mengelirukan rakyat.

Menurut beliau, SPR mempunyai akta dan peraturan yang telah digunapakai sejak sekian lama.

V/o:

Ahmad Zahid mengulas isu video yang tular di media sosial yang memaparkan pihak SPR masih menggunakan sistem lama iaitu menggunakan pensel untuk menandakan kertas undi. Walaubagaimanapun, isu itu telah dinafikan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang menegaskan penggunaan pen mata bola sejak pru-13.

Apabila adanya berita palsu yang mengatakan SPR akan menggunakan pensel bagi penandatangan dan juga pemangkahan pada undi-undi yang berkenaan ianya adalah berita palsu yang harus ditolak.

Jangan fikir SPR adalah sebuah Suruhanjaya yang boleh diperkotak katikkan oleh mereka dan mempertikaikan sistem melaksanakan demokrasi di negara kita.

SPR telah melakukan yang terbaik mengikut acuan Malaysia dan kita tidak boleh ikut telunjuk satu atau dua berita palsu yang keluar dan menuduh itu dan ini.

Beliau bercakap kepada sidang media setelah merasmikan majlis pecah tanah projek menaiktaraf laluan FT069 dari simpang Hutan Melintang ke parit 19, Bagan Datuk di sini pada khamis.

Ahmad Zahid berharap agar rakyat tidak mempercayai dengan penularan video berkenaan dan menekankan bahawa kredibiliti dan kewibawaan SPR adalah keutamaan untuk menentukan bahawa proses pengundian ini dijalankan dengan sebaiknya.

Tambah beliau, sekiranya spr merancang untuk mengekalkan kerajaan sedia ada, bagaimana mungkin BN kehilangan kelantan selama 28 tahun, selangor, Pulau Pinang dan sementara waktu di Perak.