IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihatkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya jangan melayan pembangkang yang sentiasa memperlekehkan kejayaan yang diperolehi pihak berkuasa tempatan itu.

Sebaliknya, kata Dr Zambry, mereka perlu meneruskan tanggungjawab untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada warga kota.

Menteri Besar berkata, beliau sendiri sering ditohmah dan diperlekehkan ketika turun mengutip sampah bersama-sama kakitangan MBI.

“Walaupun pembangkang kata saya nak cari publisiti politik murahan, lantaklah, saya tak kisah” katanya ketika berucapa di Majlis Jamuan Makan Malam Anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Casuarina @ Meru di sini, malam ini.

05f3ed82-a96e-41b0-afa5-7f7853365be8

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Rohana Abdul Malek, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Abd Jalal dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Dr Zambry mengucapkan tahniah kepada warga MBI yang sentiasa kreatif sehingga jadikan Ipoh bandaraya terbaik di Malaysia dan juga bandaraya terbersih walaupun pembangkang berkata sebaliknya.

“Tahniah kepada semua anggota yang tunjukkan semangat berpasukan, kebersamaan dan kekeluargaan sehingga MBI menjadi PBT terbaik dengan 97.4 peratus markah, ia sangat membanggakan,” ujarnya.

5edb73bc-5710-4e02-b778-bb2540431e66Pada majlis itu, warga MBI menunjukkan kepelbagaian 12 jabatan mereka di dalam pakaian beragam mengikut tema tertentu seperti rock, bollywood, retro, kembali ke sekolah dan arabian.

Mereka turut menunjukkan kehebatan dalam persembahan pentas berdasarkan tema jabatan masing-masing.