KENYATAAN ditularkan di media sosial mendakwa tahap kesihatan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dalam keadaan membimbangkan adalah palsu.

Mesej disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak petang tadi konon pekeliling dari Istana Abu Bakar, Pekan adalah tidak benar.

Berdasarkan pekeliling didakwa dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengeluarkan titah supaya segala bentuk hiburan dan keramaian kerajaan di negeri ini dibatalkan.

Baginda juga meminta jasa baik Kerabat Diraja, pemimpin dan rakyat negeri ini mendoakan kesihatan ayahandanya yang berada dalam situasi membimbangkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin menerusi akaun Facebooknya berkata, mesej disebarkan itu adalah palsu dan fitnah.