CHANGKAT JONG: Masyarakat tidak harus menyisihkan orang kena pengawasan (OKP) yang terlibat dengan dadah daripada aktiviti kemasyarakatan kerana mereka mempunyai kelebihan tang boleh dimanfaatkan.

f0387cb1-a419-41ba-8664-2af7187ace46 (1)

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, menyisihkan kumpulan itu bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah dadah.

Sambil menyifatkan kumpulan OKP umpama duta, beliau berkata, sebenarnya, jika mereka dilibatkan dalam aktiviti kemasyarakatan, mereka juga boleh sama-sama membantu menangani masalah penagihan dadah, khususnya di kalangan penagih baru.

8eac6965-cc91-4986-ab61-7df1d79f4678 (1)

“Mereka ini umpama duta kita yang boleh membantu memberi nasihat dan membimbing anak-anak muda , khususnya yang baru hendak mencuba kerana mereka sendiri pernah melalui pengalaman itu,” katanya kepada Suara Perak selepas majlis penutup Program Pencegahan Bermula Dari Rumah – Masih Ada Yang Sayang di Arena Square Kg Ayer Hitam, dekat sini pada Khamis.

Lebih 300 OKP dan keluarga mereka mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan, antaranya sukaneka, pertandingan mewarna untuk anak-anak OKP, memasak, azan dan pertandingan gubahan.

bfb80c7a-8ae3-4a72-b419-e6984f904313 (1)

Samsudin memberitahu, di daerah Hilir Perak sahaja, terdapat hampir 400 OKP yang tidak harus dibiarkan, sebaliknya dipantau dan dilibatkan dalam pelbagai aktiviti.

Sehubungan itu, beliau meminta PEMADAM daerah bersama-sama pemimpin masyarakat mengadakan lawatan berkala, sebulan atau dua bulan sekali terhadap OKP dan keluarga mereka.

Di majlis itu, Samsudin turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan di sampai menyampaikan sumbangan beras kepad OKP dan keluarga mereka.

Terdahulu beliau melawat rumah tiga OKP di sekitar Kg Ayer Hitam untuk melihat sendiri dan mendengar masalah mereka dan keluarga.