PARIT BUNTAR: Kenyataan Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa dirinya malu mengaku sebagai warganegara Malaysia apabila ke luar negara disifatkan sebagai satu pendirian yang memalukan.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tindakan Mukhriz itu menunjukkan beliau langsung tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap negara.
ÔÇťAdakah calon seperti ini, yang malu mengaku sebagai warganegara Malaysia hendak kita angkat menjadi seorang pemimpin?
“Bagi saya itu adalah pendirian yang memalukan dan ia jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak ada semangat mencintai negara.
“Pengundi harus menilai semula sama ada pemimpin seperti ini yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Parit Buntar di SK Titi Serong, dekat sini hari ini.
Yang turut sama, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun.
Baru-baru ini media tempatan melaporkan Mukhriz, dalam ucapanya pada satu program di Baling, Kedah menyebut bahawa beliau terpaksa mengaku sebagai rakyat negara Brunei kerana mendakwa kepimpinan Malaysia telah mencemarkan imej negara di mata dunia