GOPENG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak tidak terlibat dengan program mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan, 29, yang dikatakan Sabtu ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan meminta memberi kerjasama terhadap operasi pencarian yang dijalankan pihak berkuasa.

Menurut jurucakap JBPM Perak, program seumpama itu boleh mengundang kehadiran orang awam yang ramai.

“Kehadiran orang awam yang ramai boleh menyebabkan keharmonian di sekitar kampung akan terjejas.

“Kehadiran mereka juga boleh mengganggu fokus pencarian pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai program ‘Jom Mencari Ashraf Secara Secara Besar-besaran’ yang dikatakan Sabtu ini.

Mohamad Ashraf dilaporkan sejak 23 Mac lalu ketika mengambil bahagian di dalam kategori 25 kilometer Gopeng Ultra Trail yang bermula dan berakhir di Gua Tempurung.

Menurut jurucakap itu, kehadiran ramai orang awam juga melibatkan aspek keselamatan kerana pihaknya telah menjumpai binatang berbisa seperti ular di kawasan pencarian.

“adalah dinasihatkan agar sebarang pergerakan masuk perlu merujuk kepada pihak polis, bomba atau agensi keselamatan di pos kawalan pencarian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.