Oleh:Nazialita Geynna Maharan

MANJUNG: Siri Jelajah Kesedaran Industri-Universiti (2U2I)pertama anjuran Taj International College hari ini menerima sambutan cukup hangat daripada semua khususnya pelajar SPM dan STPM dari sekitar daerah Manjung.

Program yang diilhamkan oleh TIC itu memulakan siri pertama dengan memilih Manjung sebagai lokasi pertama sebelum meneroka ke 11 daerah sepanjang dua minggu program dilaksanakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata inisiatif murni yang dilaksanakan TIC itu merupakan peluang terbaik bagi para pelajar untuk mendedahkan diri dengan kemahuan industri sebaij menamatkan persekolahan kelak.

“Ambil platform ini dan gunakan sebaiknya kerana apa yang dipelajari di bangku sekolah berbeza dengan dunia pekerjaan dan industri sebenar di luar sana,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Jelajah Kesedaran 2U2I di sini hari ini.

Lebih daripada 1,500 pelajar dan masyarakat setempat menyertai program yang dianjurkan bersesuaian dengan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi (2012-2015) itu.

WhatsApp Image 2017-10-01 at 13.47.27 (1)

Ketua Pegawai Eksekutif TIC,  Tina Tajuddin berkata program tersebut menyediakan pelbagai kursus kemahiran seperti seminar celik industri, bengkel personaliti psikometrik dan bengkel teknik menjawab kertas SPM Bahasa Melayu.

“Selain faktor jarak daripada pusat bandar,antara cabaran utama adalah masalah komunikasi serta tiada keyakinan dan personaliti yang menjadi kerunsingan graduan pada hari ini, dan ianya adalah berdasarkan penyelidikan dilakukan pihak TIC 

“Program melibatkan warga sekolah, masyarakat, ibu bapa yang perlu prihatin dengan isu pendidikan, jadi tujuan program memberi siri jelajah memandangkan ingin mengurangkan kadar pengangguran melibatkan para graduan,” katanya.

Jelasnya lagi program tersebut juga merupakan pendekatan kreatif bagi menyelesaikan isu pendidikan di galangan B40 atau masyarakat luar bandar malah membantu supaya ibu bapa celik industri.

“Mereka akan menerima pelbagai persediaan dan kemahiran jadi kita keboleh pasaran para graduan dan beberapa strategi telah diperkemas agar mereka sedia menerusi model 2U2I iaitu dua universiti dan dua industri.

 “Kesemua pelatih juga amat beruntung kerana dalam tempoh pengajian mereka dua tahun belajar di universiti hanya setakat teori dan dan kini kami salurkan dua tahun berbaki ke latihan industri serta ciri keusahawan.