Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim  mengetuai lebih 200 orang ketika menyambut ketibaan jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Ahmad yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh pada jam 6.50 pagi tadi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, barisan Exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan dan orang-orang kenamaan.

 

Sebaik pesawat TUDM tiba, baginda berdua yang diiringi Dr Zambry Abd Kadir memasuki pesawat untuk menerima jenazah sebaik bacaan doa jenazah disempurnakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Jenazah kemudian dibawa turun dari pesawat untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan jenazah TUDM.

Sebelum jenazah dibawa masuk ke dalam kenderaan, Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Abdul Farud Haji Slleh telah membacakan doa kepada jenazah.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk solat jenazah.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi lapangan terbang itu sebaik jenazah dibawa turun dari pesawat dengan diiringi isteri allahyarham, Datin Mastura Abdul Yazid dan empat orang anaknya, Wan Iskandar,  Wan Emir dan Wan Amar.

Allahyarham Wan Muhammad Khair-il Anuar merupakan antara enam orang temasuk Timbalan Menteri Perusahaan , Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sarawak baru-baru ini.

nazrin2

nazrin3

nazrin4

nazrin5

nazrin6

nazrin7