Jenazah Allahyarham Ahli Parlimen Kuala Kangsar Dato’ Mohammad Wan Khair-il akan diterbangkan dari Sarawak ke Ipoh menaiki pesawat.

Pesawat yang membawa jenazah dijangka mendarat di lapangan terbang Sultan Azlan Shah pada jam 4.30 pagi Ahad.

 

Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Datuk Saarani Mohamad berkata jenazah seterusnya akan dibawa dengan kereta ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Menurutnya solat jenazah akan dilangsungkan selepas solat subuh. – Suara Perak