BAGAN SERAI – Sebuah jeti utama di Pulau Orang Utan dekat Bukit Merah Lake Town Resort terbakar.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap pekerja mahupun hidupan orang utan yang ditempatkan di pulau berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 7.20 petang.

“Pasukan bomba yang tiba, menaiki bot ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua ke tiga kilometer dari tebing,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam – UTUSAN ONLINE