KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfailkan tuduhan pertama terhadap Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri (Larry) Low Hock Peng, hari ini atas dakwaan mencuri wang daripada 1MDB.

Portal The Edge Market yang memetik sumber melaporkan, dakwaan bagi kes pengubahan wang haram terhadap Jho Low dan bapanya dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Peguam Negara.

Dokumen mahkamah itu didaftarkan di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi ini untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lelaki itu – berita harian